Pesara Telekom hilang hampir RM100,000 ditipu Macau Scam

March 31, 2022 · Isu semasa

Seorang pesara Telekom kerugian lebih RM90,000 akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian Macau Scam di sini, Khamis lepas, kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri,

Menurutnya pada awalnya wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan kononnya daripada pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya dan menyatakan identiti wanita ada terlibat dalam kes mengedar dadah dan penggubahan wang haram, lapor Bernama.

Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan ke talian kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) untuk buat laporan berkaitan akaun bank yang dimiliki dan wanita itu diminta untuk mengeluarkan wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya untuk dipindahkan ke akaun peribadi di Bank Islam.

“Tanpa disedari, wanita itu telah menyerahkan butiran maklumat akaun bank berkenaan kepada suspek dan semua wang di dalam akaunnya dipindahkan ke akaun pihak ketiga secara perbankan Internet ke akaun bank mulai tarikh 30 Nov hingga 24 Dis tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya wanita itu hanya menyedari ditipu setelah wang dalam akaun Bank Islam itu didapati telah dipindahkan secara berperingkat sebanyak 12 transaksi berjumlah RM99,330 melibatkan wang simpanan peribadinya.

Ahmad Adnan berkata pindahan wang telah berlaku sejak Nov tahun lepas namun laporan polis lewat dibuat kerana wanita itu baru menyedarinya setelah membuat semakan akaun wang simpanan dengan pihak bank.

“Laporan polis dibuat semalam kira-kira pukul 1.30 petang di Balai Polis Teluk Intan untuk tindakan lajut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai jangan mudah percaya dengan tindakan licik sindiket Macau Scam ini dengan mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Berita berkaitan
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
10 jam lalu· Isu semasa
Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah
May 26, 2023· Politik
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
Polis tahan wanita muat naik gambar tatu kalimah Allah
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
17 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
10 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok