Pesara didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta

June 23, 2022 · Isu semasa

Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas 12 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta.

Bagi semua pertuduhan, K.Suranderan, 60, didakwa melupuskan wang RM1,685,543.27 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram ke akaun beberapa bank milik empat syarikat, tiga individu serta tertuduh sendiri, termasuk akaun kad kredit antara RM11,398 dan RM516,480, lapor Bernama.

Suranderan didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di OCBC Bank (Malaysia) Bhd, cawangan Klang antara 14 Nov 2019 dan 29 Mac 2021.

Pertuduhan dikemukakan di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous manakala tertuduh diwakili peguam K.Renuka dan V.Ayasamy.

Hakim Helena Sulaiman menetapkan wang jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri setiap sebulan sekali di balai polis terdekat serta 19 Ogos untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rasuah Bung Mokhtar dan isteri diketahui 2 September ini
June 24, 2022· Isu semasa
Penyanyi Jason Lo bebas tuduhan dadah
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
23 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
55 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok