Pesakit sembuh melebihi kes baharu, nilai kebolehjangkitan Labuan RT 0

September 17, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 22,970 pesakit Covid-19 disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Angka terbaharu itu melonjakkan kumulatif sembuh sejak pandemik Covid-19 melanda negara kepada lebih 1.82 juta kes atau 88.2 peratus daripada 2,067,327 kes positif keseluruhan, katanya.

Pada masa sama beliau berkata sebanyak 19 kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam itu menjadikan keseluruhannya 5,247 kluster dengan 3,860 telah ditamatkan dan 1,387 lagi masih aktif.

“Sebelas daripada kluster baharu hari ini membabitkan tempat kerja, enam komuniti dan dua kumpulan berisiko tinggi yang dilaporkan di Johor membabitkan 22 kes.

“Daripada jumlah kluster komuniti itu masing-masing dua direkodkan di Kelantan dan Pahang, dan masing-masing satu di Kedah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata daripada 11 kluster tempat kerja itu pula, empat kes dilaporkan di Perak membabitkan 385 individu dengan kluster Jalan Simpang Pulai Cameron di daerah Kinta merekodkan 257 jangkitan.

Selangor dan Johor masing-masing mencatatkan dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu di Melaka, Pahang, dan Kuala Lumpur.

Mengenai 17,574 jangkitan baharu yang direkodkan hari ini, 2,136 membabitkan pesakit bukan warganegara Malaysia.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu itu juga 244 adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5, manakala 17,333 kes lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Beliau juga memaklumkan seramai 1,223 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) – turun berbanding 1,234 pesakit yang dicatat semalam – dengan 891 daripadanya disahkan dijangkiti Covid-19 dan 332 kes lagi masih dalam siasatan, disyaki dan kemungkinan positif Covid-19.

Seramai 720 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan membabitkan 410 pesakit yang disahkan positif Covid-19, dan 310 lagi masih dalam siasatan.

Mengenai kadar kebolehjangkitan Dr Noor Hisham berkata berdasarkan nilai RT Malaysia secara keseluruhan mencatatkan bacaan 0.98.

Ini merupakan petanda positif kerana meskipun lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka kebelakangan ini, keadaan kelihatan terkawal dan menunjukkan ianya bertambah baik secara perlahan-lahan.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (RT 1.11), diikuti Perlis dan Terengganu (RT 1.04), Perlis (RT 1.03), Pahang (RT 1.02), Johor dan Pulau Pinang (RT 1.01) dan Kelantan (RT 1.00).

Negeri lain mencatatkan nilai RT antara 0 (Labuan) dan 0.93 (Sabah).

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
4 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
7 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
8 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
3 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok