
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 25 Julai 2022.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,300 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam (Isnin, 25 Julai), meningkat sebanyak 580 kes berbanding 2,720 yang dicatatkan pada Ahad.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam mencecah 4,654,951 kes, dengan 4,572,712 pesakit telah pulih. Seramai, 5,227 pesakit telah sembuh semalam.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu itu, sebanyak 2,332 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 638 kes (penerima dos kedua); 308 kes (individu tidak divaksinasi); dan 22 kes (individu belum lengkap vaksinasi).
Sementara itu, jumlah kes aktif turun lagi kepada 46,316 kes berbanding 48,252 kes yang dicatat pada Ahad, dengan 44,732 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (46,632 pesakit pada Ahad), dan 21 pesakit ditempatkan di PKRC (24 pada Ahad).
Seramai 1,512 pesakit kini dirawat di hospital, turun berbanding 1,542 pada Ahad, manakala 51 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (54 pada Ahad), dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (32 pada Ahad).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:
- Selangor – 943 (1,419,459);
- Kuala Lumpur – 1,060 (397,069);
- Johor – 109 (388,170);
- Sabah – 203 (380,055);
- Sarawak – 36 (309,213);
- Kedah – 145 (303,662);
- Pulau Pinang – 172 (289,401);
- Kelantan – 55 (249,275);
- Perak – 210 (213,412);
- Negeri Sembilan – 105 (212,355);
- Pahang – 35 (173,682);
- Melaka – 102 (128,550);
- Terengganu – 35 (127,211);
- Putrajaya – 77 (23,838);
- Labuan – 7 (21,765); dan
- Perlis – 6 (17,834).
Sementara itu, KKM juga melaporkan sembilan lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian meningkat kepada 35,923 kes, termasuk 7,628 kes BID.
Johor, Perak dan Selangor masing-masing mencatat dua kes kematian semalam, manakala bakinya melibatkan Sabah, Terengganu dan Putrajaya.