Pesakit Covid-19 di hospital 8,383 sehingga semalam, kes aktif 142,860

October 5, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital seluruh negara sehingga semalam, Ahad 4 Oktober 2021 turun kepada 8,383 kes, berbanding 8,907 kes yang dicatat pada Ahad.

Daripada jumlah itu, seramai 1,197 pesakit aktif dirawat di hospital seluruh Selangor; Johor (1,167); Sarawak (1,001); Sabah (954); Kelantan (774); Perak (711); Pulau Pinang (490); Pahang (391); Kedah (390); Kuala Lumpur (311); Terengganu (294); Negeri Sembilan (249); Melaka (212); Perlis (176); Putrajaya (66); dan Labuan sifar.

Sementara itu daripada 867 pesakit yang dirawat di ICU pula, 147 direkodkan di Selangor; Sabah (126); Sarawak (105); Perak (89); Pulau Pinang (82); Kedah (69); Johor (66); Kelantan (63); Kuala Lumpur (35); Melaka (29); Terengganu (23); Pahang (18); Negeri Sembilan (lapan); Perlis (enam); Putrajaya (satu); dan Labuan (sifar).

Kes aktif pula terus turun kepada 142,860 semalam berbanding 150,317 kes yang dilaporkan pada Ahad dengan 116,748 pesakit menjalani kuarantin di rumah, dan 16,862 lagi dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam statistik dikeluarkan dalam laman sesawangnya COVIDNOW juga melaporkan hanya dua pesakit meninggal dunia semalam, menjadikan keseluruhannya sejak wabak itu melanda negara tahun lalu kepada 26,759 kes.

Dua pesakit itu masing-masing meninggal di hospital di Perak dan Sabah.

Tidak ada pesakit yang meninggal dunia semalam yang dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID) yang kini keseluruhannya berjumlah 5,382, kekal seperti kelmarin.

Bagaimanapun, statistik yang dikemask kini jam 1 pagi tadi menunjukkan 74 kematian lagi bukan pada Isnin tetapi dilaporkan semalam, termasuk 15 kematian dalam kategori BID.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
37 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Gombak Setia jadi perhatian Anwar Ibrahim
8 minit lalu
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok