Peruntukan PICK RM314 juta sudah digunakan, kata Dr Adham Baba

September 30, 2021 · Isu semasa

Sejumlah RM314 juta daripada RM1 bilion peruntukan bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Invonasi (MOSTI) untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dibelanjakan setakat 30 Ogos lepas, kata Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata perbelanjaan itu meliputi kos dan pengoperasian pusat pemberian vaksin (PPV) iaitu perbelanjaan bagi sewaan dan utiliti, pembersihan dan sanitasi, perkakasan dan peralatan pakai habis dan kebajikan petugas di PPV.

Menurut Bernama, Dr Adham Baba berkata perbelanjaan itu turut digunakan bagi memantapkan rangkaian integrasi data dan sistem untuk proses pemberian vaksin melalui PICK serta usaha meningkatkan jumlah pendaftaran rakyat untuk menerima vaksin di setiap kawasan Parlimen.

“MOSTI, Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan juga sedang menambah baik sistem pengesanan kontak merangkumi sumber data untuk kenal pasti dan menganalisis interaksi serta analisis untuk menentukan butiran risiko penyebaran wabak.

“Selain itu, tracer hub dibangunkan untuk memudahkan pengesanan kontak dan aktiviti sokongan mengukuhkan pengesanan kontak di samping sistem pengurusan vaksin (VMS) bagi penyimpanan rekod data serta aplikasi Vaccine Certificate Verifier bagi memastikan sijil digital vaksin adalah tulen melalui kod QR,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH- Pandan) mengenai kos PICK dan strategi seterusnya bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menjawab soalan tambahan Dr Wan Azizah berhubung peruntukan RM60 juta bagi penyelidikan dan pembangunan pembuatan vaksin negara, Dr Adham berkata jumlah itu merangkumi pembangunan semua jenis vaksin untuk manusia dan haiwan.

“Kerajaan juga akan bangunkan satu roadmap atau pelan strategik pembangunan vaksin negara yang akan diumumkan 1 Nov ini oleh Perdana Menteri,” katanya.

Menjawab soalan berasingan yang dibangkitkan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jangkaan imuniti kelompok sebanyak 80 peratus, Dr Adham berkata sasaran hampir semua populasi dewasa lengkap vaksinasi sebelum penghujung Oktober ini boleh dicapai.

Beliau berkata MOSTI, menerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), optimis usaha yang sedang dilaksanakan dalam PICK berjalan mengikut landasan dan perancangan yang ditetapkan memandangkan populasi dewasa divaksinasi melebihi 85 peratus setakat semalam.

“Sebagai langkah mempercepatkan vaksinasi, CITF melalui operasi lonjakan kapasiti telah berjaya memvaksinasi hampir semua penduduk dewasa di Lembah Klang.

“Sasaran berfokus kini, adalah memastikan semua negeri mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi dan hari ini, kita akan capai sasaran itu di Sabah,” katanya menambah CITF terus memberi tumpuan pengagihan bekalan vaksin ke negeri yang mempunyai kes COVID-19 yang tinggi.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok