Peruntukan DBKL akan diguna serta-merta bagi atasi banjir kilat: Shahidan

April 28, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menggunakan sumber sedia ada bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di ibu negara baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan jumlah dana yang diperlukan, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Perdana Menteri antara lain mahu dana kecemasan DBKL bagi tujuan itu dioptimumkan, lapor Bernama.

“Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan supaya membelanjakan serta-merta peruntukan daripada sumber DBKL dan kerajaan akan membayar balik nanti bagi menyelesaikan masalah banjir kilat,” katanya dalam ucapan pada program Nur Ramadan.

Beliau berkata dana itu akan digunakan bagi menjayakan perangkaan pelan jangka pendek dan jangka panjang termasuk Kajian serta Konsep Mitigasi untuk Banjir Kilat di Kuala Lumpur dalam usaha meminimumkan impak urbanisasi terhadap persekitaran selain mengimbangi aspek sosial, ekonomi dan kesan persekitaran.

Katanya antara pelan itu ialah mengenal pasti lokasi hotspot secara terperinci, mengenal pasti sistem saliran sedia ada yang tidak dapat menampung kapasiti air hujan serta merangka penyelesaian mitigasi konseptual untuk lokasi hotspot banjir.

“Bagi menjalankan kajian ini, DBKL telah melantik IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) selaku perunding. Kajian ini mengambil masa 12 bulan dan melibatkan lima fasa,” katanya.

Beliau berkata antara langkah jangka pendek termasuk menempatkan pasukan pemantau di lokasi hotspot dan menempatkan pam mudah alih di kawasan hotspot banjir yang berfungsi memindahkan lebihan air bertakung ke kawasan bersesuaian seperti kolam takungan banjir.

Shahidan berkata antara pelan jangka pendek lain ialah pembelian lebih banyak pam mudah alih yang akan dilaksanakan serta-merta dan penggunaan beg pasir sebagai langkah mitigasi selain menempatkan 25 pasukan di lapangan bagi proses pembersihan kawasan hotspot banjir bermula esok.

Katanya pelan jangka panjang pula termasuk membina ‘On Site Detention’ (OSD) bawah tanah untuk menampung lebihan air apabila ‘Flap Gate’ tertutup selain menaik taraf sistem perparitan sedia ada membabitkan lapan projek termasuk di Jalan Jinjang, Sungai Kayu Ara, Sungai Toba dan Segambut Dalam.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok