Peruntukan adil perlu diberikan kepada pembangkang, titah Tengku Hassanal

May 8, 2023 · Isu semasa

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu, lapor Sinar Harian.

Titah baginda, selepas hampir 66 tahun merdeka, landskap politik perlu berubah.

“(Tempoh) 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka (pembangkang) juga,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

Dalam titah sama, Tengku Hassanal mahu pembangkang turut memberi pandangan membina bukan hanya menghentam semua yang dilakukan oleh kerajaan.

“Apa yang baik berilah pujian, apa yang kita kurang berikan pandangan. Rakyat mahu politik yang stabil dan matang,” titah baginda.

Tengku Hassanal turut menasihatkan pegawai kerajaan dan penjawat awam supaya melaksanakan tugas dengan pantas.

“Proses birokrasi dan menyusahkan buang jauh-jauh. Kepada majikan swasta juga sama, kerajaan sudah sedia itu, ini maka pulanglah balik kepada kerajaan dalam bentuk cukai, zakat dan program khidmat masyarakat.

“Apabila sudah untung lebih jangan lupa beri beri semula kepada pekerja. Ada untung lebih bayarlah gaji pekerja lebih sikit atau beri bonus lebih baik,” titah baginda.

Berita berkaitan
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Guna gaji sendiri bantu rakyat selepas kerajaan sekat peruntukan, kata MP pembangkang
May 22, 2023· Politik
Jika sekarang pembangkang, Anwar sudah kecam kerajaan umum peruntukan dan projek
May 12, 2023· Politik
Tindakan sekat peruntukan pembangkang ulang skrip dendam politik kesumat: PAS
May 11, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
25 minit lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok