Pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia susut pada Ogos

September 1, 2022 · Isu semasa

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan secara bermusim merosot kepada 50.3 pada Ogos berbanding 50.6 pada Julai, sekali gus menunjukkan peningkatan yang perlahan dalam sektor itu.

S&P Global Market Intelligence berkata angka terkini itu mencerminkan pengeluaran pembuatan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang mengalami kelembapan beransur-ansur menjelang akhir suku ketiga 2022 berikutan peningkatan yang berterusan sepanjang suku kedua tahun ini, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Perniagaan Chris Williamson dalam kenyataan hari ini berkata sektor pembuatan Malaysia menunjukkan keadaan perniagaan lebih baik kali ke-10 pada Ogos, walaupun ternyata masih berdepan tekanan ekoran kekurangan bahan mentah dan buruh, kenaikan harga serta permintaan yang perlahan, terutamanya dari luar negara.

Malah, terdapat isyarat bahawa kekangan bekalan mula berkurangan, manakala tekanan harga semakin reda.

“Walaupun permintaan bagi eksport merosot, Ogos menyaksikan kadar peningkatan yang kecil bagi tempahan baharu, yang semestinya mendorong pertumbuhan pengeluaran lebih memberangsangkan pada September.

“Ini disokong prospek cerah yang digambarkan dengan keyakinan yang meningkat dalam perniagaan, mencatatkan kenaikan pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan,” menurut Williamson.

S&P Global Market Intelligence berkata angka keseluruhan yang lemah pada Ogos disumbangkan terutamanya oleh jumlah output yang sederhana.

Menurutnya, biasanya firma mengaitkan pengeluaran yang perlahan dengan kesukaran menerima imput di tengah-tengah kelewatan penghantaran yang berlanjutan meskipun tidak seteruk bulan-bulan sebelum ini.

Pada masa depan, S&P Global Market Intelligence berkata pengeluar Malaysia kekal optimis terhadap unjuran output dan berharap permintaan akan terus meningkat apabila pandemik berupaya dikawal sepenuhnya.

Berita berkaitan
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
September 28, 2022· Isu semasa
Gempa bumi Taiwan, amaran tsunami tidak libatkan Malaysia
September 18, 2022· Isu semasa
Pertumbuhan KDNK mungkin lepas anggaran rasmi: Tengku Zafrul
September 12, 2022· Isu semasa
Hormat, maruah, cinta kebaikan kunci Malaysia bersatu, harmoni: Muhyiddin
September 7, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
2 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
3 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok