Pertumbuhan ekonomi sehingga 6.5 peratus tahun ini mampu dicapai

January 19, 2022 · Isu semasa

Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara yang diunjurkan sekitar 5.5 hingga 6.5 peratus tahun ini mampu dicapai, dipacu oleh indikator-indikator positif termasuk pengurangan jumlah penganggur.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bilangan penggangur pada November 2021 menunjukkan trend menurun selepas mencatat seramai 694,400 orang berbanding 705,000 orang pada Oktober 2021.

Menurutnya, indikator lain seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara yang meningkat 9.4 peratus tahun ke tahun pada November 2021, dipacu oleh peningkatan dalam indeks pembuatan, elektrik dan perlombongan, lapor Bernama.

Malah, kata beliau, bagi tempoh sama, jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan paras tertinggi iaitu tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM118.1 bilion yang mengatasi paras bulan sebelumnya sebanyak RM116.2 bilion.

“Oleh itu, secara keseluruhannya kalau kita lihat petanda-petanda ini, ia jelas menunjukkan bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu dapat dicapai.

“Kita juga dapat melihat lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan serta mengembalikan sentimen positif negara terutamanya selepas pandemik Covid-19.

“Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat tiga peratus tahun ke tahun manakala unjuran kerajaan bagi keseluruhan tahun tersebut adalah sekitar 3.0-4.0 peratus,” kata beliau dalam program bual bicara Inklusif yang disiarkan di saluran TV1 malam tadi.

Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata walaupun negara masih berdepan dengan cabaran akibat pandemik Covid-19 pada tahun ini, tempoh itu sebaliknya juga merupakan tahun pemulihan ekonomi yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM322 bilion menerusi Bajet 2022 iaitu angka terbesar dalam sejarah negara.

“Fokus kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat dan membina daya tahan sektor perniagaan selain membina ekonomi agar lebih makmur dan mampan,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok