‘Pertingkat jaga kesihatan diri, waspada penularan varian Omicron’

November 30, 2021 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihati orang ramai supaya meningkatkan langkah penjagaan kesihatan diri susulan amaran dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berhubung varian baharu Covid-19, Omicron, yang boleh menyebabkan pandemik itu melonjak sekali lagi.

“Kita tahu varian Omicron mungkin lebih mudah ditularkan daripada varian Delta, tetapi kita belum tahu virulence (keterukan atau keparahan) varian tersebut.

“Apa yang boleh kita lakukan dalam masa yang sama ialah meningkatkan amalan kesihatan awam dengan memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, amalan kebersihan dan menambah baik pengaliran udara kawasan tertutup.

“Pastikan warga emas kita selamat dan ambil dos penggalak apabila ditawarkan,” katanya hari ini.

Semalam, WHO mengeluarkan amaran kepada seluruh dunia bahawa varian baharu Omicron, menimbulkan risiko penularan dan jangkitan sangat tinggi sekiranya pandemik Covid-19 melonjak sekali lagi.

“Jika satu lagi lonjakan besar Covid-19 berlaku yang didorong oleh Omicron, akibatnya mungkin teruk,” kata WHO dalam nota teknikal memberitahu ahlinya sebelum sesi khas persidangan bagi menangani keperluan untuk perjanjian pandemik antarabangsa.

Peningkatan kes, tanpa mengira perubahan dalam keterukan, mungkin menimbulkan permintaan yang luar biasa terhadap sistem penjagaan kesihatan dan boleh menyebabkan peningkatan morbiditi serta kematian, kata nota itu.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata kemunculan varian Omicron yang sangat bermutasi menggariskan betapa bahaya dan tidak menentu keadaan sekarang ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok