Pertemuan dengan PM, pembangkang sokong kerajaan baharu diterajui UMNO

August 25, 2021 · Isu semasa

Blok pembangkang, Pakatan Harapan menyifatkan pertemuan dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diadakan hari ini bertujuan bagi mencari titik persamaan dan memberi isyarat kesediaan menyokong kerajaan baharu yang akan dibentuk.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin parti PH dan Ismail Sabri, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menjunjung kasih nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak meredakan suhu politik dan perbincangan tersebut bertujuan untuk merealisasikan titah Baginda tersebut.

“Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabab dan membebaskan rakyat daripada cengkaman berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut ditandatangani bersama Ismail Sabri, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sejurus selesai pertemuan di Putrajaya tadi.

Dalam kenyataan tersebut juga, persetujuan juga dicapai untuk memperkasa fungsi Parlimen sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

“Persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat,” katanya lagi.

Selain itu, persetujuan juga dicapai untuk menjaga kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.

Semalam, blok pembangkang mendesak beberapa permintaan yang dilihat sama dengan tawaran dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada mereka tetapi menolaknya kerana terlalu percayakan Ketua Pembangkang, Anwar.

Blok pembangkang menggariskan empat tuntutan yang sama dengan tawaran dibuat oleh Muhyiddin sebelum ini, tiga tuntutan lain tersebut adalah menggesa kerajaan baharu melaksanakan Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti, reformasi dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, reformasi fiskal dengan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk suntikan tunai RM45 bilion secara langsung dan reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan Pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar Kerajaan.

Untuk rekod, semua tuntutan tersebut adalah tawaran Muhyiddin sebelum meletakan jawatannya sebagai PM Ke-8.

Ismal Sabri dalam ucapan sulungnya pada Ahad menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Kata Ismail Sabri Yaakob ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Pemimpin blok pembangkang DAP dan PKR sudah menyatakan kesediaan untuk menimbang tawaran tersebut dan akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen sebelum membuat keputusan.

Berita berkaitan
Anwar bidas Hishammuddin jawab isu skandal kapal, kontraktor kutip komisen marah?
August 6, 2022· Politik
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Bukan masa saya projek LCS diluluskan, Hishammuddin jawab isu kapal tak siap
August 5, 2022· Isu semasa
Zarul akui bayar RM19 juta kepada orang tengah rapat dengan Najib
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
41 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
3 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok