Pertambahan pengundi faktor kos PRU-15 dijangka meningkat RM1 bilion lebih: SPR

August 20, 2022 · Isu semasa

Peningkatan kos mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dijangka tidak dapat dielakkan memandangkan jumlah pengundi yang juga bertambah mendadak kali ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menjangkakan kos mengadakan PRU-15 bakal mencecah RM1 bilion lebih berbanding PRU yang diadakan sebelum ini dan antara faktor peningkatan dua kali ganda itu kerana jumlah pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik juga meningkat banyak, menurut laporan BH.

Untuk rekod, PRU-14 hanya menelan belanja RM500 juta manakala perbelanjaan bagi PRU-13 adalah sekitar RM400 juta.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dianggarkos bagi pelaksanaan PRU-15 adalah kira-kira RM1.01 bilion.

Beliau berkata, perbelanjaan besar itu termasuk bagi menampung peningkatan jumlah pengundi baharu melalui pelaksanaan had umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang dikuatkuasakan sejak Disember tahun lalu.

Ia sekali gus akan menyebabkan berlakunya pertambahan pusat mengundi, saluran mengundi, petugas pilihan raya dan pembelian peralatan untuk menjayakan PRU-15 yang boleh diadakan bila-bila masa.

“SPR mengambil tindakan yang perlu bagi membuat persiapan sewajarnya sekiranya PRU-15 dilaksanakan pada tahun ini.

“Namun SPR perlu mengambil kira dan memastikan keselamatan semua aspek dan individu sama ada petugas, calon serta pengundi.

“Dalam konteks PRU-15 nanti ada peningkatan jumlah pengundi baharu, maka akan berlaku pertambahan pusat mengundi, saluran mengundi, petugas pilihan raya dan pembelian peralatan,” katanya lagi.

Pembabitan pengundi berusia 18 tahun dan pendaftaran pemilih buat kali pertama kali dilaksanakan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Mac lalu.

Namun daripada 54.92 peratus keseluruhan keluar mengundi yang direkodkan SPR, peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah lima peratus.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
4 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
6 jam lalu· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
6 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok