Persekutuan Pekilang-Pekilang harap kerajaan pertimbang semula gaji minimum

March 20, 2022 · Isu semasa

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) telah merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan gaji minimum serta-merta kepada RM1,500 pada Mei, 2022 dan sebaliknya mengambil pendekatan kenaikan progresif seperti yang dicadangkan.

Badan tersebut dalam satu kenyataan mencadangkan supaya kenaikan kadar gaji dibuat secara berperingkat dan tidak secara mendadak kerana ia akan memberi implikasi terhadap operasi majikan, rayuan itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan gaji minimum.

“Kami berpendapat bahawa kenaikan kadar gaji secara beransur-ansur masih akan dapat menangani kenaikan kos sara hidup disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan gangguan bekalan yang berlaku.

“Justeru, majikan akan terus merancang untuk menaikkan gaji pada tahun 2022 dan ia akan dapat menangani tekanan kos sara hidup,” kata presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata FMM yakin dengan kawalan yang diperlukan terhadap kenaikan kos oleh kerajaan serta usaha bersepadu oleh industri untuk membiayai kenaikan kos secara dalaman, majikan boleh terus mengekalkan pekerjaan dan pelarasan gaji.

Soh berkata kenaikan daripada kadar gaji minimum semasa RM1,200 kepada RM1,500 mewakili kenaikan serta-merta sebanyak 25 peratus ke atas gaji pokok yang akan memberi kesan ke atas kos gaji keseluruhan dan ia memberi kesan kepada perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Berdasarkan penemuan Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia baru-baru ini separuh kedua 2021 yang dijalankan dari 5 Januari – 10 Februari 2022, majoriti responden kajian itu berpendapat kenaikan RM100 dalam gaji minimum adalah kadar yang boleh diterima berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa.

“Sehubungan itu, FMM telah memberi cadangan kepada kerajaan supaya pelarasan gaji minimum dilaksanakan secara berperingkat dengan kenaikan RM100 pada suku ketiga tahun 2022 dan pelarasan seterusnya pada tahun 2023/2024, kenaikan kepada RM1,500,” katanya.

Berita berkaitan
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda Umno
19 minit lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
6 jam lalu· Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
7 jam lalu· Politik
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
10 jam lalu· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
2 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
19 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok