Persediaan rapi sekolah di negeri Fasa 4 sebelum dibuka

September 25, 2021 · Isu semasa

Semua sekolah di negeri Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu membuat persediaan rapi sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober ini.

Menurut laporan Bernama, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata antara yang perlu diberi perhatian pihak sekolah adalah sistem pengudaraan yang baik bagi mengurangkan sebarang risiko penularan jangkitan Covid-19 khususnya melibatkan varian Delta.

“Seperti mana nasihat daripada Kementerian Kesihatan dalam konteks varian Delta ini, apa yang paling penting adalah pengudaraan bukan sahaja dalam bilik darjah, bilik khas dan pejabat, tetapi seluruh kawasan berbilik di sekolah perlu dipastikan berlaku pengudaraan yang baik.

Saranan kepada sekolah-sekolah (dalam Fasa Empat), selain Langkawi ada dua lagi tempat iaitu Labuan dan Negeri Sembilan yang akan memulakan sesi persekolahan (secara bersemuka pada 3 Oktober ini), maka persediaan itu perlu dibuat dengan rapi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua langsir atau poster yang digantung di dalam bilik-bilik darjah atau bilik khas perlu dialihkan bagi memastikan pengudaraan berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, walaupun sesi persekolahan nanti hanya melibatkan kelas peperiksaan, namun persiapan awal perlu dilakukan sebelum sesi persekolahan secara bersemuka dibenarkan kepada murid-murid daripada kelas lain.

Terdahulu, Radzi mengadakan tinjauan ke empat buah sekolah di Pulau Tuba, Langkawi bagi melihat persiapan sekolah berkenaan untuk menerima kehadiran murid apabila sesi persekolahan dibuka nanti.

Sekolah-sekolah yang dilawati adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba; Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Chempedak; SK Pulau Tuba dan SK Selat Bagan Nyior.

“Secara umumnya saya lihat sekolah-sekolah ini telah bersedia untuk menerima kehadiran murid apabila dibuka kelak,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
6 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
6 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok