Persediaan penting sebelum divaksin

Tarikh temu janji vaksin dah nak dekat?  Risau apabila dengar macam-macam kesan sampingan lepas divaksin penggalak?

Jangan risau kerana semua jenis vaksin yang diberikan telah diuji dan tinggi keberkesanannya dalam mencegah jangkitan Covid-19 di tahap yang serius.

Dalam pada itu, individu yang masih ragu-ragu dan bimbang untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan membuat pemeriksaan tahap kesihatan.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Mohamad Fadli Khairie, perbincangan lanjut dengan pegawai perubatan dapat memastikan tahap kesihatan semasa seseorang individu sebelum menerima dos penggalak.

“Sebagai pakar perubatan saya berpendapat keberkesanan dos vaksin penggalak dilihat mampu mengurangkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negara yang dicetuskan oleh gelombang varian Omicron ketika ini.

“Setiap vaksin mempunyai kesan sampingan, namun keberkesanannya melindungi diri daripada jangkitan teruk Covid-19 adalah lebih baik berbanding kemudaratan.

“Oleh itu dos penggalak perlu diambil segera kerana mampu memberi perlindungan yang terbaik daripada jangkitan Covid-9 dengan lomplikasi serius dan kematian,” katanya.

Katanya, varian Omicron berbeza dengan Delta kerana mutasi mempunyai beberapa susunan genetik yang menjadi punca kes mudah tersebar dengan lebih pantas.

“Sebab itu kes kini naik mendadak dan mencatatkan jumlah jangkitan dengan angka besar, tetapi jika telah mengambil dos penggalak, simptom atau gejala kurang teruk berbanding mereka yang langsung tidak menerima vaksinasi atau mereka yang belum menerima dos penggalak,” katanya.

Sementara itu, untuk mendapatkan tidur yang berkualiti sehari sebelum temu janji vaksin, anda perlulah ambil makan malam yang lebih berkhasiat pada hari sebelumnya.

Menurut perkongsian daripada Journal of Clinical Sleep Medicine, untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, anda perlulah mengambil makan malam tinggi serat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, cuba elakkan makanan bergula dan berlemak seperti produk tenusu, manisan dan daging berlemak.

Makanan tinggi serat juga didapati sangat membantu anda untuk tidur dengan lebih senang pada waktu malam.

Dalam pada itu, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kes orang pengsan selepas disuntik sangat jarang dilaporkan.

Namun, ia boleh berlaku jika penerima vaksin rasa terlalu cemas atau rasa sakit di tempat suntikan.

Selain itu, penerima vaksin juga dilaporkan pengsan kerana kadar gula yang rendah ketika itu. Pastikan anda makan secukupnya sebelum ke temu janji.

Selain berperanan dalam melindungi anda dan keluarga, pengambilan vaksin merupakan tindakan yang murni bagi membantu negara mencapai ‘herd immunity’.

Jika tabiat pemakanan anda sudah tersasar jauh ketika waktu pandemik ini, gunakanlah peluang ini untuk melatih semula pemakanan ke arah yang lebih sihat.nDengan cara ini, anda juga akan cepat pulih dan segera sihat selepas divaksin.

Pastikan juga anda mendapatkan rehat secukupnya sehingga badan rasa betul-betul sihat. Elakkan aktiviti atau senama berat pada tujuh hari pertama setelah divaksin.

BERITA BERKAIT
POPULAR