Persediaan buka Parlimen, lebih 400 petugas mula diberi vaksinasi

June 30, 2021 · Isu semasa

Putrajaya mengambil langkah persediaan bagi membuka sidang Parlimen dengan lebih 400 petugas diberikan vaksinasi Covid-19 bermula hari ini, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata langkah persediaan awal itu diambil memandangkan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan ditentukan tidak lama lagi.

“Kami mahu memastikan bahawa setiap petugas Parlimen mendapat perlindungan sewajarnya bagi mengelak daripada jangkitan berlaku,” katanya dalam sidang media perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba hari ini lapor Bernama.

Mengulas lanjut Khairy berkata pemberian vaksin itu turut meliputi kakitangan Parlimen dan staf yang terlibat dengan pencucian dan kantin.

Jelasnya setiap Ahli Parlimen juga telah diberitahu bahawa staf yang akan mengiringi mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga layak untuk terima vaksin.

“Dengan harapan apabila Parlimen bersidang nanti semua telah divaksinasi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Malaysia bakal menerima satu juta dos vaksin Astrazeneca sumbangan kerajaan Jepun esok dan satu juta lagi vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat pada Jumaat.

Jelasnya Malaysia amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan berkenaan yang melambangkan keprihatinan serta kepercayaan kedua-dua negara itu terhadap kerajaan Malaysia dalam usaha memerangi COVID-19 di negara ini dan sebagai sokongan terhadap program imunisasi global.

“Bekalan ini akan dapat memperhebat PICK dan bantu Malaysia mencapai nilai-nilai ambang yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kesemua vaksin yang telah diperoleh akan diedarkan segera ke semua fasiliti dan PPV untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat,” katanya.

Beberapa PPV mega juga akan mula beroperasi pada kadar lebih tinggi hari ini dengan pelaksanaan suntikan dos kedua, antaranya PPV KLCC yang kapasitinya akan meningkat kepada 8,000 dos suntikan sehari dan PPV Setia City akan meningkat kepada 6,000 dos suntikan sehari, kata Khairy.

“Semua fasiliti terlibat telah dipersiapkan untuk menampung kadar vaksinasi lebih tinggi bagi memastikan kelancaran operasi dan untuk mengelakkan kesesakan di PPV mega kita,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok