Perolehan darurat dilaksanakan untuk salur bantuan kepada mangsa banjir, kata Menteri

March 4, 2023 · Isu semasa

Bantuan kepada mangsa banjir akan disalurkan dengan segera dan kerajaan akan melaksanakan perolehan darurat untuk memastikan bekalan mencukupi.

Kekurangan keperluan asas menyebabkan banyak mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terpaksa berdepan kesulitan, ia ditambah dengan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat ditempatkan di pusat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata penghantaran bekalan tambahan sudah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, ia diselaraskan bersama rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membantu JKM melaksanakan perolehan darurat bagi menambah keperluan ini dan bantuan turut digerakkan dari stor pangkalan negeri yang tidak terkesan banjir.

“JPBN turut membuat pembelian tambahan barangan keperluan menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan NADMA.

“Semua pihak disaran peka dengan amaran Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi myCUACA dan maklumat banjir MyPublicInfobanjir daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Armizan berkata, Segamat menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan 13,358 mangsa daripada 3,921 keluarga yang ditempatkan di 77 PPS.

“Mangsa banjir di Johor membabitkan sembilan daerah iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian, Segamat dan Tangkak.

“Setakat ini, mangsa berjumlah 37,198 orang daripada 10,746 keluarga yang berada di 238 PPS,” katanya.

Armizan turut menasihatkan mereka yang terkesan dengan banjir supaya tidak bertangguh berpindah ke PPS sekiranya menerima arahan pihak berkuasa.

Katanya, NADMA sudah diarah memastikan semua Pusat Kawalan Operasi (PKOB) peringkat negeri dan daerah terbabit bersiap sedia.

“Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) beroperasi 24 jam sehari untuk memantau dan membuat penyelarasan bersama semua agensi dan pihak terbabit dengan pengurusan bencana,” katanya.

Beliau berkata, laporan NDCC merekodkan enam episod hujan lebat berlaku dengan yang keenam bermula pada 25 Februari lalu.

Armizan berkata, luruan monsun dijangka berterusan sehingga Isnin ini dengan hujan berterusan diramal di selatan Semenanjung manakala ribut petir di barat Sarawak.

“Enam negeri terkesan banjir setakat ini dengan 21 daerah iaitu Johor (sembilan), Pahang (enam), Negeri Sembilan (dua), Melaka (dua), manakala Sarawak dan Selangor masing-masing satu daerah.

“Jumlah keseluruhan mangsa ialah 40,648 orang daripada 11,776 keluarga di 274 PPS,” katanya.

Armizan berkata, sejak bermulanya Monsun Timur Laut 2022/2023 pada November 2022 sehingga 3 Mac lalu, seramai 183,454 mangsa daripada 52,857 keluarga direkodkan.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok