Pernyataan saksi utama kes rasuah Guan Eng akan diteliti mahkamah

November 17, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan meneliti dokumen pernyataan saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sebelum memutuskan sama ada ia boleh diserahkan kepada pihak pembelaan.

Hakim Azura Alwi berkata demikian, selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa, pihaknya sudah menyerahkan dokumen setebal 108 muka surat itu kepada mahkamah pagi ini, lapor Bernama.

“Mahkamah perlu meneliti dokumen ini terlebih dahulu untuk memastikan (sama ada) terdapat percanggahan, sebelum memutuskan ia boleh diserahkan kepada pembelaan,” kata Azura pada prosiding sebutan kes yang turut dihadiri peguam Gobind Singh Deo, mewakili Lim.

Azura kemudian menetapkan 9 Jan tahun depan untuk sebutan kes bagi memutuskan sama ada dokumen pernyataan itu boleh diserahkan kepada pembelaan dan menentukan sama ada prosiding mencabar kredibiliti saksi utama diteruskan atau sebaliknya.

Dokumen itu mengandungi salinan pernyataan bekas saksi pendakwaan ke-23, Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, yang direkod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes membabitkan ahli perniagaan G. Gnanaraja di Mahkamah Shah Alam.

Pada 2 Nov lepas, Azura mengarahkan salinan rakaman percakapan itu dikemukakan kepada mahkamah terlebih dahulu, bagi menentukan sama ada wujud percanggahan dalam kenyataannya yang direkod SPRM dengan kenyataannya di Mahkamah Sesyen di sini.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
29 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok