Pernyataan saksi kes Zahid kata saya terima RM1.3 juta adalah palsu: Muhyiddin

June 17, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keterangan mahkamah hari ini yang mendakwa kononnya beliau turut menerima wang tunai RM1.3 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), adalah pernyataan palsu.

Beliau menjelaskan demikian dalam satu kenyataan bagi mengulas keterangan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

“Saya dimaklumkan tentang keterangan mahkamah yang diberikan pengurus pentadbiran syarikat UKSB yang terlibat dalam kes sogokan Zahid.

“Kononnya, syarikat tersebut telah memberikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta kepada saya di antara Jun dan Ogos 2018. Ini memberikan gambaran saya juga menerima sogokan.

“Pernyataan ini adalah palsu. Saya dengan tegasnya menafikan pernyataan tersebut,” katanya.

Muhyiddin menjelaskan pada masa itu beliau menjalani pembedahan kanser dan mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

“Tugasan saya sebagai Menteri Dalam Negeri telah diambil alih oleh Perdana Menteri (ketika itu) Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendapat liputan meluas media massa,” katanya.

“Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara.

“Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menerima, secara langsung atau tidak langsung, sebarang wang daripada David Tan, saksi dari UKSB, pengarahnya ataupun pemegang sahamnya.

“Saya juga tidak pernah disoal atau disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan dengan tohmahan ini.

“Adalah diharapkan pihak pendakwaan akan menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah buruk terhadap saya sedangkan saya tegas menentang rasuah.

“Saya juga bersedia untuk disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan ini,” katanya.

Terdahulu dalam perbicaraan hari ini, David Tan mendakwa lima lagi ahli politik yang menerima dana daripada UKSB ialah Khairy Jamaluddin; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; dan Datuk Seri Anifah Aman.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata:

“Saya setuju projek UKSB di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan sumbangan diserahkan untuk kerajaan pada masa itu. Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri selepas Ahmad Zahid pegang jawatan berkenaan.”

Pada 12 Julai 2018 Setiausaha Akhbar Muhyiddin, Hafiz Abd Halim dalam satu kenyataan media memaklumkan bekas Perdana Menteri itu selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas dan berada dalam keadaan stabil.

“Beliau akan mengambil cuti untuk mendapat rawatan susulan bermula hari ini (12 Julai 2018) dan dijangka akan kembali bertugas sebulan lagi.

“Sementara ketiadaan beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri,” kata Hafiz.

Zahid, 69, kini berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok