Permohonan Rosmah gugur Sri Ram ditangguh 12 Julai

June 16, 2021 · Isu semasa

Pendengaran permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah RM1.25 bilion dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan yang dijadual didengar esok, ditangguhkan ke 12 Julai kerana lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn ketika dihubungi berkata tarikh itu ditetapkan ketika prosiding pengurusan kes melalui aplikasi Zoom hari ini di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Nur Azizah Jaafar.

“Ia akan didengar di mahkamah terbuka seperti yang dimohon pasukan pembelaan Rosmah di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan,” katanya lapor Bernama.

Rosmah, 69, memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuannya untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pendakwaan bersetuju memberikannya kepada pasukan pembelaan.

Rosmah membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.

Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, hari Rosmah didakwa di mahkamah dan tidak ditandatangani oleh Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas.

Sebaliknya surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Peguam Negara ketika ini iaitu Tan Sri Idrus Harun.

Sementara itu, bagi perbicaraan pembelaan Rosmah yang dijadual didengar pada 15 dan 16 Jun, Poh berkata mahkamah telah menetapkan tarikh baharu pada 15 Julai.

Pada 18 Feb 2021, Mohamed Zaini memerintahkan Rosmah membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah dan menetapkan sembilan hari iaitu 9,10,15,16,17,22, 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk mendengar keterangan Rosmah serta saksi pembelaan lain.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
14 jam lalu· Isu semasa
Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid
November 30, 2022· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
53 minit lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
58 minit lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
9 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
14 jam lalu · Isu semasa
Covid: Kematian semalam tertinggi sejak April, 1,737 kes baharu
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
23 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok