Permohonan Peter Anthony gantung sabitan kes ditangguh 28 Julai

July 18, 2022 · Isu semasa

Pendengaran permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony bagi penggantungan sabitan salah terhadapnya kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu ditangguhkan kepada 28 Julai ini.

Peter mengemukakan permohonan penangguhan itu sehingga rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Tinggi atas alasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal diadakan.

Pendengaran kes tersebut dijadual hari ini tetapi ditangguhkan selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, mengambil cuti kecemasan, demikian menurut Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah.

Dalam permohonan itu Peter, selaku pemohon, berkata sekiranya rayuan di Mahkamah Tinggi dibenarkan dan sabitan serta hukumannya diketepikan, beliau akan diprejudiskan untuk bertanding dalam PRU15 kerana sabitan terhadap pemohon akan membatalkan pencalonan pemohon.

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter, 51, selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Hakim itu juga membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu selesai, namun memerintahkan denda RM50,000 itu dibayar pada hari itu (26 Mei lepas).

Dalam permohonan yang difailkan pada 11 Jun lepas, Peter memohon penggantungan pelaksanaan penghakiman Mahkamah Sesyen dan sabitan dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Peter menyatakan terdapat keadaan istimewa yang membolehkan penggantungan tersebut dibenarkan atas alasan rayuan pemohon di Mahkamah Tinggi akan menjadi tidak bernilai atau sia-sia jika pelaksanaan penghakiman dan sabitan terhadap pemohon tidak digantungkan.

Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes bagi rayuan Peter itu.

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, dan didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. – Bernama

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
15 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
27 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
34 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
45 minit lalu · Isu semasa
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok