Permohonan Peguam Diraja perlu dibuat Najib sebelum akhir Mei

April 8, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memfailkan permohonan untuk melantik Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom mewakili beliau dalam rayuan terakhirnya bagi kes membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada akhir Mei.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, yang mengesahkan perkara itu, berkata jika permohonan itu tidak berjaya, bekas Perdana Menteri tersebut perlu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, lapor Bernama.

“Sementara itu, pendengaran rayuan utama akan ditetapkan selepas permohonan QC dimuktamad. Pembelaan akan menulis kepada mahkamah untuk memaklumkan tarikh yang sesuai untuk QC menghadiri pendengaran rayuan utama selewat-lewatnya pada 18 April.

“Pembelaan turut memohon pelanjutan masa untuk memfailkan petisyen bagi rayuan utama selama dua minggu lagi. Bagaimanapun, mahkamah telah mengarahkan mereka untuk memfailkan permohonan rasmi selewat-lewatnya pada 11 April,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas prosiding maya yang berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yussof dan Siti Hajar Mustaffa.

Pada 25 Jan lepas, firma guaman Tetuan Shafee & Co telah menyerahkan surat kepada setiausaha Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengenai hasrat Najib melantik QC untuk membantu beliau berhubung isu kompleks dan persoalan undang-undang dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Najib kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok