Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam

October 3, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak gagal mendapat kebenaran untuk menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

Najib walaupun masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan tetapi sudah berstatus banduan ditolak permohonannya oleh Jabatan Penjara daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, kata peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Memetik laporan BH, Shafee mengesahan Najib tidak akan hadiri ke Parlimen, selepas ditanya semasa prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memberitahu Najib boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat sekiranya mendapat kebenaran Jabatan Penjara Malaysia.

Semasa sidang dewan hari ini, MP Sepang Hanipa Maidin bertanya berhubung kedudukan Najib yang dihukum penjara sama ada boleh dibawa hadir ke Dewan Rakyat dalam keadaan bergari.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Najib dibenarkan keluar dari penjara adalah untuk menghadiri kes mahkamah jenayah lain yang dihadapinya, dan ketika mendapatkan rawatan perubatan.

Azhar berkata prinsip umum ialah semua ahli Parlimen dibenarkan memasuki Dewan Rakyat, dan dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka.

“Tetapi persoalannya sekarang adakah dia boleh hadir. Itu bukan bidang kuasa saya, kerana dia bukan dalam jagaan saya.

“Dia dalam tahanan Jabatan Penjara, jadi terpulang kepada mereka untuk melepaskannya daripada tahanan mereka,” katanya dipetik semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, jika jabatan itu membenarkannya keluar dari penjara untuk menghadiri Parlimen, jabatan itu boleh menetapkan syarat dan peraturan untuk dipatuhi.

Kemudian, MP Shah Alam Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) kemudian menyoal mengapa status Najib sebagai ahli dewan tidak terbatal susulan sabitan kesalahan.

Azhar menjawab: “Hukum sebagaimana adanya, bukan sebagaimana semestinya, dan tidak pula sebagaimana ia sepatutnya”.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang itu boleh hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun, dan denda lebih RM2,000.

Walau bagaimanapun, jika petisyen untuk pengampunan difailkan dalam tempoh 14 hari dari sabitan dan hukuman, atau selepas pelupusan mana-mana rayuan atau prosiding mahkamah berhubung sabitan dan hukuman, kehilangan kelayakan itu hanya berkuat kuasa apabila petisyen itu dilupuskan, di bawah Perkara 48(4)(c).

Najib telah memfailkan pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari selepas sabitannya.

Berita berkaitan
Najib diberi pelepasan terima rawatan di HKL, kata Saifuddin
March 22, 2023· Isu semasa
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023· Isu semasa
Kes Muhyiddin tak sama dengan Najib duit masuk akaun sendiri: Wan Fayhsal
March 11, 2023· Politik
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
6 minit lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
1 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok