Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan

August 15, 2022 · Isu semasa

Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu terhadap hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah “cacat dan mementingkan diri sendiri”, kata pihak pendakwaan pada hari pertama rayuan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan, hari ini (15 Ogos 2022).

Ketua Pendakwa Raya Ad Hoc Datuk V Sithambaram, dalam hujahannya berkata permohonan Najib adalah semata-mata kerana ia dibuat dan difailkan, namun tiada seorang pun daripada lima saksi yang kononnya akan menyokong keterangan itu dengan menandatangani afidavit.

“Tuduhan terhadap konflik kepentingan Hakim Mohd Nazlan adalah berdasarkan alasan tipis pinjaman 1MDB daripada Maybank.

“Permohonan ini tidak disokong oleh afidavit yang betul untuk mahkamah bertindak,” kata Sithambaram dalam bantahannya pada rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu bersabit hukuman penjara dan denda berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Dalam hujahan bertulis itu, pihak pendakwaan berhujah bahawa dakwaan Hakim Mohd Nazlan  berat sebelah dan mempunyai konflik kepentingan berikutan pekerjaannya sebelum ini sebagai peguam dan setiausaha syarikat kepada Maybank, hanyalah sangkaan dan palsu.

“Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa SRC tidak pernah menjadi pelanggan Maybank mahupun SRC mengambil sebarang pinjaman daripada Maybank untuk mencadangkan sebarang kemungkinan konflik kepentingan terhadap Hakim Mohd Nazlan,” kata pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa pelantikan Hakim Mohd Nazlan di Maybank sebelum ini adalah bukan rahsia kerana maklumat itu tersedia dalam domain awam.

Justeru, adalah tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa ia adalah fakta yang “ditemui baru-baru ini” atau “sengaja ditekan”.

“Agensi berita seperti Malaysiakini, The News Straits Times (NST) dan The Star telah menyatakan latar belakang kerjaya Hakim Mohd Nazlan termasuk pekerjaannya di Maybank kepada perhatian orang ramai sebelum perbicaraan SRC bermula,” kata Sithambaram.

“Mereka (perayu) tahu peranan Mohd Nazlan dalam Maybank dan peranan Bina Fikir Sdn Bhd (bahagian penasihat kewangan Maybank) dalam memberikan khidmat nasihat bagi penubuhan SRC.

“Ketika itu, mereka boleh saja membangkitkan perkara ini tetapi mereka memilih untuk tidak berbuat demikian. Mereka mengemukakannya sekarang dengan cara sebegini kerana kes tidak berpihak kepada mereka.

“Adalah jelas Mohd Nazlan tidak ada peranan dan konflik kepentingan dalam kes ini,” katanya.

Sithambaram turut mempersoalkan mengapa perayu (Najib) tidak memohon untuk memasukkan keterangan viva voce (lisan) tiga pegawai Maybank yang dinyatakan dalam permohonan notis usulnya, sebaliknya hanya menamakan keterangan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dalam siasatan kes.

Sementara itu, katanya, lapan dokumen yang dikatakan dihantar ke kediaman Najib di Langgak Duta di ibu negara dalam dua sampul surat tidak bernama, adalah bukti dengar cakap dan tidak boleh diterima memandangkan sumbernya tidak diketahui.

Katanya, afidavit Najib berdasarkan perkara yang tidak diketahui olehnya, sekali gus tidak boleh diambil kira oleh mahkamah.

Sehubungan itu, katanya, pendakwaan memohon permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu ditolak kerana ia tidak relevan dan tidak memenuhi peruntukan undang-undang.

Prosiding bersambung esok dengan peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik akan membalas hujahan responden sebelum panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok