Permohonan injunksi Zahid terhadap Muhyiddin didengar 8 Ogos

July 13, 2022 · Isu semasa

Permohonan injunksi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan dia meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayah dihadapinya, akan didengar pada 8 Ogos.

Pendengaran permohonan injunksi sementara itu sepatutnya didengar hari ini, berkaitan kes saman fitnah difailkan Zahid terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan dibuat bekas perdana menteri itu di perkarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 pada 16 Februari lalu ketika kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Mersing.

Memetik Bernama, Peguam Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Zahid selaku plaintif ketika dihubungi berkata pendengaran itu dijadualkan semula kerana defendan (Muhyiddin) baharu memfailkan afidavit tambahan pada 6 Julai lalu.

Menurutnya mahkamah juga memerintahkan Zahid untuk memfailkan afidavit balasan sebelum atau pada 22 Julai ini.

“Pendengaran permohonan akan didengar pada 8 Ogos ini melalui aplikasi Zoom di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusoff,” katanya.

Menerusi saman yang difailkan pada 4 April lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah injunksi secara ex-parte (sebelah pihak) supaya Muhyiddin atau wakilnya menarik balik kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.

Plaintif juga memohon perintah injunksi sementara untuk menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana wadah media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.

Turut diminta adalah perintah injunksi sementara bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media antaranya di Facebook profil “Perikatan Nasional”, YouTube Astro AWANI dan KiniTV.

Selain itu, plaintif memohon perintah injunksi sementara mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadam dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.

Zahid mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesai dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes terbabit, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan bukan pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.

Beliau mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah palsu, bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan menerbitkan permohonan maaf tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan plaintif selain menuntut kos dan lain-lain perintah difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
3 minit lalu · Isu semasa
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
20 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
32 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
39 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
50 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok