Permohonan Indira Gandhi mulakan prosiding terhadap IGP ditolak

August 5, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan kebenaran oleh M. Indira Gandhi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap ketua polis negara (IGP) dan pegawai bawahannya atas dakwaan kegagalan mendapatkan semula anak perempuannya, Prasana Diksa.

Pesuruhjaya Kehakiman Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran memulakan prosiding berkaitan dakwaan kegagalan menangkap bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah serta memulangkan anak perempuan yang diambil lelaki mualaf itu, 13 tahun lepas, lapor Bernama.

“Permohonan ditolak selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan tiada perintah untuk kos,” katanya.

Indira yang hadir bersama peguam L. Pavitra ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan memfailkan rayuan bagi memohon kebenaran memulakan prosiding itu di Mahkamah Rayuan.

Indira memfailkan saman pada 28 Okt 2020 dan menamakan IGP, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta kerajaan sebagai defendan pertama hingga keempat.

Pernyataan tuntutan Indira, 47, mendakwa IGP dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus Mahkamah Persekutuan kerana gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan anaknya, Prasana, yang kini berusia 14 tahun.

Beliau mendakwa kesemua defendan juga berperanan membuat keputusan atau memberikan arahan kepada PDRM bagi melaksanakan waran komital terhadap bekas suaminya itu seperti diarah oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016.

Plaintif juga mendakwa kelakuan kesemua defendan secara langsung menyebabkan perpisahan antara beliau dengan anak bongsunya itu berlanjutan sehingga hari ini dan bekas suaminya berjaya melarikan diri.

Justeru, beliau menuntut RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah selain memohon deklarasi bahawa KPN telah melakukan ‘tort of nonfeasance’ atau dengan sengaja tidak mengambil tindakan di pejabat awam manakala PDRM, KDN dan kerajaan bertanggungjawab secara vikarius bagi ‘tort of nonfeasance’ yang dilakukan IGP.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok