Permohonan dikemuka Najib didengar sehari sebelum keputusan rayuan SRC

December 3, 2021 · Isu semasa

Mahkamah akan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak yang mengemukakan bukti baharu berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC) sehari sebelum keputusan rayuannya pada 8 Disember ini.

Keputusan rayuan Najib mengetepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana RM42 juta SRC akan diputuskan pada 8 Disember ini, tetapi Najib pada saat akhir membuat permohonan untuk memasukkan bukti baharu melibatkan pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Mengikut semakan yang dilakukan melalui sistem mahkamah, menunjukkan bahawa permohonan Najib yang difailkan semalam melalui notis usul, akan didengar pada jam 9 pagi pada tarikh berkenaan, lapor BH.

Difahamkan, pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu, akan memfailkan afidavit balasan untuk menjawab segala dakwaan Najib yang disertakan dalam afidavit sokongannya.

Najib melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co memfailkan notis usul semalam dengan memohon mahkamah rayuan menerima masuk bukti baharu yang dikemukakan bagi membolehkan rayuannya didengar kembali sebelum dipertimbangkan panel hakim bagi keputusan.

Rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, akan diputuskan Mahkamah Rayuan 8 Disember ini.

Bukti baharu yang dipohon oleh Najib untuk dimasukkan bagi tujuan rayuannya ialah keterangan viva voce (lisan) bekas Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussein dan keterangan saksi lain atau apa-apa keterangan tambahan lanjut yang berbangkit.

Rosli adalah saksi pendakwaan ke-57 dalam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International manakala Azam tidak pernah dipanggil memberi keterangan sama ada sebagai saksi pendakwaan atau pembelaan.

Najib dalam afidavit sokongannya berkata, beliau memfailkan notis usul itu selepas mendapati keterangan berkaitan pembabitan Zeti dan ahli keluarganya tidak dimaklumkan atau didedahkan kepada pasukan pembelaannya sebelum atau sepanjang perbicaraannya.

Najib berkata, keterangan baharu itu sekiranya tidak ‘disorok’ oleh Bank Negara Malaysia (BNM), SPRM dan pendakwaan, ia boleh menyebabkan keputusan Mahkamah Tinggi berpihak kepadanya dan mampu menimbulkan keraguan munasabah dalam kes SRC International.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok