Permohonan dana pinjaman PKS diluluskan setakat 4 Jun bernilai RM12.12b

June 17, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM12.12 bilion dana pinjaman mudah perusahaan kecil sederhana (PKS) sudah diluluskan bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS, kata Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Permohonan tersebut melibatkan 25,680 pemohon yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) dan Kemudahan Agromakanan (AF).

“Walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhnya, PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui Tabung BNM seperti ADF, AES dan AF,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-57, yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Zafrul berkata setakat 4 Jun, sejumlah RM67.5 juta telah disalurkan kepada 13,869 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi.

Bagi pembiayaan sektor pelancongan PENJANA, beliau berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi PKS dan PKS mikro yang masih terkesan dengan penularan Covid-19.

“Setakat 4 Jun, terdapat 666 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 327 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM65.1 juta,” katanya.

Sementara itu, sebanyak RM421.2 juta telah disalurkan dalam tempoh yang sama bagi memanfaatkan 12,667 PKS Mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan, tambah beliau.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok