Permohonan bicara kes Najib secara hibrid ditolak, prosiding ditangguh lagi

December 14, 2021 · Isu semasa

Permohonan pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak berhubung rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) supaya dijalankan secara hibrid ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Keputusan menolak itu dibuat Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas meneliti hujahan lisan, bagaimanapun pada masa hadapan mungkin menimbang untuk prosiding tersebut dijalankan secara hibrid jika diperlukan.

“Berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk perbicaraan dikendalikan secara hidbrid, selepas meneliti hujahan lisan dan memikirkan mengenai perkara ini, buat masa ini, mahkamah menolak perkara itu.

“Bagaimanapun, mahkamah tidak menolak perkara itu (perbicaraan secara hibrid) dijalankan di masa hadapan,” katanya lapor BH.

Mahkamah kemudian melapangkan perbicaraan itu sehingga Khamis ini, berikutan Najib dan peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dihalang dari memasuki kompleks mahkamah memandangkan status MySejahtera masing-masing diletakkan sebagai “kontak kasual.”

Terdahulu, peguam bela Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili Najib, memberitahu mahkamah anak guamnya dan Muhammad Shafee tidak boleh memasuki bangunan mahkamah.

“Status anak guam menunjukkan beliau di bawah kategori “kontak kasual.”

Beliau kini berada di tempat letak kereta dan tidak dibenarkan masuk.

“Kedua-dua mereka mempunyai kontak dengan anak lelaki Muhammad Shafee iaitu Muhammad Farhan yang positif COVID-19 pada 6 Disember lalu dan tempoh kuarantin selama 10 hari akan berakhir esok ( Rabu),” katanya.

Perbicaraan kes itu Khamis ini, akan diteruskan dengan soal balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Azmi Tahir yang merupakan saksi ke-12 dan ke-13 pendakwaan.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memohon supaya perbicaraan kes itu dijalankan secara hibrid berikutan perubahan sebanyak dua kali pada status MySejahtera bekas Perdana Menteri itu dan peguamnya.

Mengikut pertuduhan Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hanya membenarkan individu berstatus “risiko rendah” atau berwarna biru dalam aplikasi MySejahtera untuk memasuki bangunan berkenaan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok