Permohonan batal petisyen pilihan raya Marang 12 Februari

January 30, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh keputusan bantahan awal petisyen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Marang.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas mendengar hujah peguam Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan peguam pempetisyen, Datuk Mohd Hafarizam Harun, lapor Utusan.

Menurut Takiyuddin, prosiding itu dibuat untuk mendengar bantahan pihaknya yang mewakili Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap petisyen yang difailkan UMNO Terengganu.

“Setelah mendengar hujahan responden dan pempetisyen, mahkamah juga mengarahkan kedua-dua pihak memasukkan hujahan tambahan sebelum 6 Februari.

“Hakim kemudian akan membuat keputusan sama ada bantahan awal responden terhadap petisyen PRU-15 itu diterima atau sebaliknya pada 12 Februari.

“Jika bantahan awal kami ini diterima, tiada (perbicaraan) petisyen Parlimen Marang namun jika ditolak, mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan,” katanya.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan pihak pempetisyen yang mewakili calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman untuk menukar hakim mengendalikan kes berkenaan.

Hassan dalam penghakimannya berkata mahkamah berpendapat pempetisyen gagal menunjukkan unsur berat sebelah selain berpendapat hujahan pempetisyen hanya berpandu kepada persepsi.

Pada 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU-15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen melibatkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Pas membuat sogokan wang kepada pengundi berdaftar antara 14 sehingga 19 November 2022.

Pada PRU15, Parlimen Marang dimenangi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Berita berkaitan
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Sahih dilantik Pengerusi Mara, kata Zahid sahkan lantikan Asyraf kalah PRU
March 12, 2023· Politik
Dengan sokongan UMNO, PMX yakin kerajaan akan kekal habis penggal
March 7, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok