Permohonan baharu dikemuka Rosmah mahu singkir hakim dalam kes pengubahan wang haram

January 12, 2022 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan baharu supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Ini adalah kali kedua isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan itu selepas Mohamed Zaini, hakim yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak, telah menolak permohonannya pada 14 Dis, menurut laporan Bernama.

Peguam Reza Rahim yang mewakili Rosmah memberitahu mahkamah bahawa permohonan terkini itu difailkan semalam pada 5 petang.

“Permohonan terkini itu berdasarkan alasan baharu,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini hari ini.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Rosmah untuk menangguhkan perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, sementara menunggu selesai rayuan di Mahkamah Rayuan supaya hakim menarik diri.

Sementara itu, peguam bela Rosmah yang lain, Datuk Geethan Ram Vincent memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka akan memfailkan permohonan baharu untuk membatalkan kelayakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes itu.

Geethan berkata pasukan pembelaan membuat keputusan untuk memfailkan permohonan itu selepas menerima salinan surat pelantikan (fiat) Sri Ram semasa prosiding hari ini.

“Kami mengambil pendirian bahawa jika fiat ini bersifat umum, baiklah, tetapi secara khusus menyebut beliau (Sri Ram) hanya diberi kuasa untuk mendakwa dalam dua kes (dua fail secara kolektif merujuk kepada kes rasuah solar) terhadap anak guam saya.

“Kes (pengubahan wang haram dan pengelakan cukai) yang didengar Yang Arif hari ini tidak dinyatakan di sini,” kata Geethan.

Bagaimanapun, Sri Ram berkata pihak pendakwaan akan membantah permohonan Rosmah untuk melucutkan kelayakannya.

Sri Ram berkata fiat oleh Jabatan Peguam Negara itu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah telah memberinya kuasa yang meluas untuk mendakwa dalam mana-mana kes.

“Jika ia tertuduh yang sama, atas alasan yang sama, oleh itu ia adalah satu penyalahgunaan,” katanya sambil menambah bahawa percubaan Rosmah sebelum ini untuk melucutkan kelayakannya sebagai pendakwa dalam kes projek solar hibrid telah ditolak oleh hakim Mohamed Zaini dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Dis tahun lepas.

Bagaimanapun, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang juga mewakili Rosmah membantah penggunaan perkataan “penyalahgunaan” oleh Sri Ram dan berkata Sri Ram tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu.

“Hakikatnya, rayuan (ke atas permohonan pertama untuk membatalkan kelayakan Sri Ram dalam kes solar hibrid) kini ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan dan beliau (Sri Ram) tidak sepatutnya menggunakan perkataan penyalahgunaan kerana ini adalah isu undang-undang yang anak guam saya perlu diberi peluang, betul atau salah. Anak guam saya berhak didengar di mahkamah untuk perkara itu didengar semula,” kata Firoz.

Mahkamah menetapkan 24 Jan untuk mendengar semua permohonan Rosmah.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Berita berkaitan
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
Lebih RM1 juta masuk akaun Rosmah antara 2014-2017: Saksi
August 24, 2023· Isu semasa
Rosmah tak bekerja semasa melakukan pengubahan wang haram: Pendakwaan
August 24, 2023· Isu semasa
Rosmah mohon dapatkan pasport sementara ke Singapura
August 16, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok