Perlu didik rakyat terima GST sebelum dilaksanakan: Ismail Sabri

June 1, 2022 · Isu semasa

Sebelum mahu melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), rakyat perlu terlebih dahulu diberi didikan berhubung sistem tersebut, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata kerajaan berminat untuk mengembalikan cukai tersebut kerana ia akan dapat menambah pendapatan negara, malah negara kehilangan banyak hasil tahunan susulan pembatalan cukai tersebut selepas Pakatan Harapan (PH) memerintah pada 2018.

“Kerajaan berminat mengembalikan GST kerana mahu mengembangkan asas pendapatannya dan menanggung beban subsidi awam,” katanya.

“Kerajaan kehilangan RM20 bilion (kira-kira AS$4.6 bilion) hasil tahunan apabila GST dimansuhkan dan menggantikannya dengan SST. Tiada negara di dunia yang kembali daripada GST kepada SST, kecuali Malaysia,” katanya dalam temubual bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini.

Malaysia beralih kepada sistem GST semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada April 2015, namun kadar enam peratus dikritik hebat pembangkang dan kumpulan pengguna, sekali gus dikatakan antara penyumbang kepada kekalahan parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran selepas PH menerajui kerajaan, membatalkan GST sebagai memenuhi janji pilihan raya dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ismail Sabri berkata, kerajaan sedar mengenai persepsi negatif terhadap GST, tetapi mempunyai pilihan terhad untuk menambah tabungan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan akan merangka cara untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan GST dan kutipan cukai yang telus.

“Jika kita mahu memperkenalkan semula GST, kita perlu mendidik rakyat untuk menerimanya,” katanya sambil menambah kerajaan akan menyasarkan untuk kadar tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat, tetapi tidak terlalu rendah sehingga menggagalkan tujuan mengembangkan hasil cukai.

Bank Negara (BNM) baru-baru ini menyokong idea mengembalikan semula GST kerana dengan berbuat demikian akan meringankan beban kewangan ditanggung kerajaan.

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine menaikkan harga bahan api dan barangan keperluan makanan import sekali gus berkemungkinan menjejaskan kewangan kerajaan serta meningkatkan keperluan untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan.

Jumlah subsidi bahan api kerajaan dijangka RM28 bilion (AS$6.4 bilion) tahun ini, peningkatan mendadak daripada hanya RM11 bilion pada 2021 berikutan lonjakan harga bahan api global.

Harga minyak mentah dunia melonjak kelmarin selepas Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan untuk menyekat import Russia sebagai sebahagian hukuman terhadap pencerobohannya ke atas Ukraine. Harga minyak mentah Brent berada di atas AS$122 setong buat kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Selain petrol dan diesel, kerajaan juga memberi subsidi untuk minyak masak, gula, tepung dan gas asli cecair.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Kenaikan cukai SST akan bawa malapetaka kepada rakyat, kata Pemuda Ikatan
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok