Perlis, Labuan sifar kes baharu Covid-19 semalam

October 11, 2022 · Isu semasa

Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan kembali merekodkan sifar kes baharu Covid-19 semalam (Isnin, 10 Oktober 2022), lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Kali pertama Perlis merekodkan jangkitan Covid-19 ialah pada 13 Mac 2020 dengan satu kes, berbanding negeri-negeri lain yang mencatat kes pertama seawal 25 Januari 2020.

Sehingga semalam jumlah kumulatif positif Covid-19 di Perlis mencecah 18,498 kes, dengan 18,260 pesakit telah sembuh, termasuk tujuh yang pulih semalam. Sehingga kini 192 pesakit Covid-19 meninggal dunia di negeri itu, termasuk 24 kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Sebanyak 46 kes masih aktif di Perlis, dengan 34 daripadanya menjalani kuarantin di rumah, manakala 12 pesakit dirawat di hospital. Tiada pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) atau ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC).

Labuan juga kali pertama merekodkan kes Covid-19 adalah pada 13 Mac 2020 iaitu sebanyak dua kes. Semalam adalah hari kedua berturut-turut Wilayah Persekutuan itu tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Sehingga semalam jumlah kumulatif positif Covid-19 di Labuan adalah sebanyak 22,283 kes, dengan 22,107 pesakit telah sembuh, termasuk dua yang pulih semalam.

Sembilan belas kes masih aktif di Labuan dengan semuanya menjalani kuarantin di rumah. Dalam tempoh itu juga seramai 157 pesakit Covid-19 meninggal dunia, termasuk 43 kes BID.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam turun lagi kepada 1,241 kes, termasuk satu kes import, berbanding 1,453 yang dicatat pada Ahad.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,856,217 kes, dengan 4,797,647 pesakit telah sembuh, termasuk 1,843 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 906 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 234 kes (penerima dua dos); 96 kes (individu tidak divaksinasi); dan lima kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 22,167 kes masih aktif, turun lagi berbanding 22,772 kes yang dilaporkan sehingga Ahad.

Daripada jumlah itu, 21,200 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (21,768 pesakit pada Ahad); 929 dirawat di hospital (967 Ahad); dan 38 pesakit dimasukkan ke ICU (37 Ahad), dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (22 Ahad).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

Selangor – 543 (1,482,226);
Kuala Lumpur – 184 (440,798);
Sabah – 101 (396,128);
Johor – 37 (394,257);
Sarawak – 39 (316,188);
Kedah – 30 (310,372);
Pulau Pinang – 63 (298,184);
Kelantan – 14 (254,096);
Perak – 82 (229,089);
Negeri Sembilan – 80 (222,937);
Pahang – 21 (177,814);
Melaka – 25 (135,856);
Terengganu – 10 (129,810);
Putrajaya – 12 (27,681);
Labuan – 0 (22,283); dan
Perlis – 0 (18,498).

Sementara itu, KKM juga melaporkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian BID dilaporkan.

Ketiga-tiga kes kematian itu dilaporkan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,403 kes, termasuk 7,741 kes BID.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok