Perlis kembali catat kes terendah, jangkitan di 4 negeri meningkat

January 10, 2022 · Isu semasa

Sarawak kembali merekodkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 satu angka, dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, manakala Perlis pula mencatat kes terendah sejak Disember lalu.

Menurut statistik Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri yang dikeluarkan malam ini, Perlis mencatat dua kes baharu berbanding lapan kes semalam.

Kes harian di Perlis mula meningkat kepada dua angka pada Ogos tahun lalu dengan tertinggi pernah dicatatkan sebanyak 200 kes pada 7 Oktober 2021.

Sejak awal 2020 lalu hingga hari ini Perlis mencatat 7,351 kumulatif kes positif, dengan 6,958 pesakit telah sembuh, 137 kes kematian dan 254 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 215 pesakit menjalani kuarantin di rumah; tujuh ditempatkan di PKRC; 30 dimasukkan ke hospital; dan dua pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan kedua-duanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, seramai 204,366 atau 80.2 peratus populasi di Perlis telah lengkap divaksinasi, manakala 206,457 atau 81,0 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos. Seramai 37,061 individu lagi menerima dos penggalak.

Bagi Sarawak pula, sejak lebih sebulan lalu, jangkitan harian Covid-19 menunjukkan trend menurun dengan kali terakhir merekodkan kes tiga digit ialah pada 4 Disember sebanyak 104 kes.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, Sarawak mencatat tujuh kes berbanding 22 semalam, menjadikan keseluruhan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 252,505 kes, dengan sehingga semalam 250,699 pesakit telah sembuh, dan 1,619 kes kematian dilaporkan.

Sehingga semalam, Sarawak merekodkan 180 kes aktif dengan 25 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 43 ditempatkan di PKRC; 105 dimasukkan ke hospital; dan tujuh pesakit dirawat di ICU dengan seorang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi lebih 5.56 juta dos vaksin yang diberikan sejak Februari lalu di negeri itu, seramai 2,129,829 individu atau 75.6 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 77.2 peratus atau 2,174,501 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. Seramai 1,266,299 individu atau 45 peratus lagi telah menerima suntikan dos penggalak.

Sementara itu, empat negeri mencatat peningkatan jangkitan baharu hari ini dengan Kedah merekodkan 265 kes berbanding 223 semalam, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 170,638 kes. Daripada jumlah itu seramai 166,639 pesakit telah sembuh, 2,173 pesakit meninggal dunia dan 1,561 kes masih aktif.

Kelantan juga merekodkan peningkatan jangkitan daripada 195 kes semalam kepada 197 kes hari ini, diikuti Pahang (193 kes baharu, 148 semalam); dan Putrajaya (30 kes baharu, 14 semalam).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
11 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
11 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok