Perlis kaji perundangan sebelum tutup premis judi seperti Kedah

January 2, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Perikatan Nasional Perlis mempertimbangkan untuk menurut jejak Kedah menutup semua premis perjudian dan loteri di negeri itu, namun akan mengkajinya dari aspek perundangan terlebih dahulu.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli, berkata setakat ini, pihaknya belum lagi membincangkan sebarang langkah ke arah tindakan berkenaan.

“Namun, insya-Allah kita akan tengok dari segi perundangan terlebih dahulu termasuk juga tempoh lesen premis perjudian ini sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan.

“Apa pun di Perlis ini, kita tak punya banyak premis perjudian pun, kerana saya difahamkan hanya terdapat sekitar tiga premis di Kangar dan Kuala Perlis,” katanya menurut BH.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tiada sebarang premis atau kedai menjual minuman beralkohol dibenarkan beroperasi di Perlis.

“Jika kita lihat, setakat ini tidak ada kedai menjual minuman arak beroperasi di negeri ini kecuali kedai ubat-ubatan tradisional yang didapati ada menjual bahan alkohol untuk perubatan dan yang itu tidak mengapa.

“Kedai serbaneka 24 jam di negeri ini juga turut tidak dibenarkan menjual minuman beralkohol.

“Selain itu, kita memang memantau operasi kedai makanan yang menjual alkohol kepada orang ramai secara terbuka kerana kita tidak mahu perbuatan mereka yang meminum arak ini mengganggu ketenteraman dan keselamatan orang lain lebih-lebih lagi apabila mereka memandu di jalan raya,” katanya.

Mulai semalam, semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya selepas keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan yang diputuskan pada November 2021 itu.

Muhammad Sanusi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 14 November 2021, mengumumkan Kedah tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian, selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di negeri itu.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi mengelak mudarat lebih besar kepada penduduk, selain bagi mencapai sasaran sifar judi.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kontroversi apabila masyarakat bukan Islam mendakwa ia melanggar hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Berita berkaitan
Rezeki orang Kedah berjaya dapat geran tanah
52 minit lalu· Rencana
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Pembekuan akaun Bersatu ketika PRN semakin dekat berniat jahat: MB Perlis
February 3, 2023· Politik
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
59 minit lalu · Isu semasa
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
4 jam lalu · Isu semasa
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
8 jam lalu · Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu · Isu semasa
184 kes baharu, dua kematian
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok