Perlis catat kadar jangkitan tinggi, seluruh negara naik

December 5, 2021 · Isu semasa

Hampir semua negeri seluruh negara mencatat peningkatan dalam kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19, nilai terkini adalah 0.97.

Dalam pada itu, Perlis mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.16, diikuti Selangor, Melaka dan Labuan pada 1.00, manakala Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing 0.99.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, nilai Rt itu menunjukkan peningkatan berbanding nilai purata 0.95 pada 1 Disember lalu.

Perak pula mencatatkan Rt 0.98, diikuti Pahang (0.97), Negeri Sembilan (0.96) serta Sabah, Kelantan dan Terengganu (0.93). Sarawak mencatatkan Rt terendah iaitu 0.73, diikuti Putrajaya 0.89.

Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan antara 13 dan 15 November lalu adalah pada 1.05.

Ia merujuk tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi dijangkiti wabak berkenaan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok