Perjalanan udara Malaysia, Singapura dibuka 29 November

November 8, 2021 · Isu semasa

Malaysia dan Singapura bakal membuka kembali laluan perjalanan vaksinasi (VTL) melibatkan kerjasama antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi bermula 29 November ini.

Pengumuman itu dimeterai hari ini menerusi kenyataan bersama oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum itu sudah berbincang melalui perbualan telefon.

Menurut kenyataan tersebut, kedua-dua pemimpin menyedari akan kesan pandemik Covid-19 telah menjejaskan hubungan antara rakyat Singapura dan Malaysia, serta memisahkan keluarga selama beberapa bulan.

“Oleh kerana keadaan menunjukkan semakin pulih di kedua-dua negara itu melalui program vaksinasi yang dilaksanakan, kedua-dua pemimpin negara itu bersetuju untuk membuka kembali laluan udara bagi kedua-dua negara ini,” jelas kenyataan itu.

Di bawah program VTL, pelancong lengkap divaksin boleh memasuki Malaysia serta Singapura dengan tertakluk kepada keputusan ujian saringan Covid-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan di kedua-dua negara itu.

Dalam kenyataan itu turut memaklumkan, kedua-dua pemimpin negara itu turut berbincang mengenai pembukaan semula laluan darat, Tambak Johor yang sebelum ini menghubungkan kedua-dua negara itu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata dalam perbualan menerusi panggilan telefon dengan Hsien Loong, mereka bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membenarkan semula perjalanan rentas sempadan memandangkan kemajuan ketara telah dicapai oleh Malaysia dan Singapura dalam pemberian vaksin dan pengurusan pandemik Covid-19 secara amnya.

“Melalui VTL, pelancong yang divaksin sepenuhnya akan dapat melakukan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, dan tertakluk kepada ujian Covid-19 sebagai ganti kuarantin wajib.

“Kami juga berharap untuk memulihkan laluan perjalanan merentasi darat di antara kedua-dua negara dalam masa terdekat. Ini termasuk pembukaan semula perjalanan merentasi Tambak Johor dan Link Kedua, dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di Johor dan Singapura,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok