Perintah berkurung tujuh daerah ESSZONE dilanjut hingga 24 Jun

June 9, 2022 · Isu semasa

Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 24 Jun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dikehendaki berada di rumah manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki (atau berada) di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata perintah itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak diceroboh pengganas sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendapati kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh kawasan ini untuk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan yang lain,” katanya.

Idris berkata perintah itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk maritim dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Katanya semua Ketua Polis Daerah di ESSzone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan dikenakan perintah berkurung itu. – Bernama

Berita berkaitan
Penganggur terdengar ‘bisikan’ suruh tikam ibu
23 jam lalu· Isu semasa
Tiga sekeluarga termasuk wanita hamil dikhuatiri hilang di Baling
July 5, 2022· Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
July 2, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
3 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
14 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
22 minit lalu · Isu semasa
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
3 jam lalu · Isu semasa
Syor Timbalan Presiden UMNO isu MA63 dangkal, salah arah: Ongkili
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
1 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok