Perikatan Nasional komited terus bantu, lindungi warga Felda: Muhyiddin

February 23, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika memerintah sebelum ini memberi banyak manfaat kepada warga Felda dalam meneruskan hidup pada zaman pandemik Covid-19 sekarang.

Ini termasuk usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaaan PN bagi membantu memulihkan kembali kehidupan rakyat, kata bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata demikian pada pertemuan dengan warga Felda Taib Andak, di Kulai, Johor dalam Majlis Ramah Mesra Warga Felda Bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), hari ini.

“Seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, kerajaan Perikatan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif bantuan dan pakej rangsangan ekonomi bernilai lebih RM530 bilion untuk pelbagai lapisan rakyat di negara ini bagi membantu mereka yang terkesan teruk akibat pandemik.

Selain itu kerajaan memperkenal dan memperhebatkan program vaksinasi untuk rakyat sehingga membolehkan rakyat meneruskan kehidupan seperti biasa pada hari ini walaupun dalam norma baharu,” katanya.

Mengenai warga Felda khususnya, Muhyiddin berkata kerajaan PN ketika beliau menjadi Perdana Menteri bertekad menyelamatkan tanah Felda daripada tergadai kepada orang asing.

Katanya, kerajaan PN bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

“Persetujuan itu mengambil kira isu hutang peneroka yang disifatkan harus diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula atau restart Felda.

“Selain itu kerajaan Perikatan Nasional turut melaksanakan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021 bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka,” katanya.

Ianya meliputi kira-kira 34 peratus warga peneroka; dan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM56 juta yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka iaitu kira-kira 6 peratus warga peneroka, katanya lagi.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata kerajaan juga memperuntukkan RM400 juta bagi membantu peneroka Felda menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu selain penerbitan sukuk yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM9.9 bilion.

“Kerajaan juga memperkenalkan konsep pertanian pintar bagi mengurus 458,000 hektar ladang Felda dan peneroka di seluruh negara dengan menggunakan konsep pertanian jitu yang mampu menjimatkan kos operasi sehingga lebih RM200 juta dalam masa lima tahun.

“Program Pembangunan Peneroka (PPP) pula dirangka khusus untuk menggalakkan warga Felda menceburi bidang keusahawanan dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kitaran harga komoditi serta mempelbagai sumber pendapatan warga Felda selaras dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Saya percaya segala usaha kerajaan Perikatan Nasional ini memberi banyak faedah dan manfaat kepada warga Felda dalam meneruskan hidup khususnya ketika zaman pandemik ini,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok