Perhimpunan haram: Setiausaha Agung MUDA mengaku tak bersalah

August 26, 2022 · Isu semasa

Setiausaha Agung parti MUDA Amir Hariri Abd Hadi hari ini (26 Ogos) mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas pertuduhan gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai protes #ManaKapalLCS yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Amir Hariri, 31, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haryanti Ahmad Razali pagi tadi.

Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli parti lain hadir di mahkamah sebagai tanda solidariti.

Tertuduh didakwa mengikut Perkara 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Perkara 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 menyatakan penganjur perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan awam.

Amir didakwa terlibat menganjurkan protes di hadapan Sogo, dalam daerah Dang Wangi, sekitar jam 2 petang pada 14 Ogos lalu.

Bagaimanapun, dia selaku penganjur didakwa gagal memaklumkan kepada polis mengenai protes itu lima hari sebelum acara berlangsung.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Radzi Shah Ab Razak dan Fatin Hanum Abdul Hadi memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 ke atas tertuduh dan mengenakan perintah menyekatnya daripada menyiarkan sebarang komen mengenai prosiding mahkamah di media sosial.

Bagaimanapun, peguam Beatrice Chin Yuen Xin, yang mewakili tertuduh, merayu agar mahkamah mengenakan jumlah jaminan antara RM500 dan RM1,000, memandangkan ini adalah kesalahan pertama anak guamnya dan dia telah bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan mereka berhubung perkara itu.

Mahkamah kemudian memerintahkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dan menetapkan 3 November untuk sebutan kes.

Sebelum ini sekumpulan penunjuk perasaan telah turun ke jalan pada 14 Ogos, mendesak kerajaan untuk menjawab mengenai kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM6 bilion, yang masih belum dihantar kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bantahan itu diadakan susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendedahkan LCS tercanggih pertama TLDM masih belum siap apabila ia dilancarkan pada 2017 dan prosiding jawatankuasa itu mendapati LCS 1 kurang daripada 44 peratus siap.

Pada hari bantahan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis dan mereka telah memanggil 13 individu untuk memberikan kenyataan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
4 jam lalu· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
4 jam lalu· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok