Pereka grafik buat hantaran jelik kemuka represtasi kepada Jabatan AG

April 29, 2022 · Isu semasa

Pereka grafik dan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung dua pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik yang dimuat naik menerusi laman media sosial Twitter dan Facebook miliknya, tahun lepas.

Perkara itu dimaklumkan peguam N.Yohendra yang mewakili Mohd Fahmi Reza, 45, semasa sebutan kes itu hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen M.M Edwin Paramjothy, lapor Bernama.

Yohendra berkata surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang.

Dua pertuduhan komunikasi jelik itu adalah berhubung isu peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan rasmi di luar negara dan pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.

Dalam prosiding itu, mahkamah telah menetapkan tarikh-tarikh bicara iaitu pada 7 dan 20 Julai bagi pertuduhan komunikasi jelik isu kuarantin menteri manakala 8 dan 9 Ogos ini untuk komunikasi jelik berhubung isu minuman keras.

Mahkamah turut menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan bagi perkembangan representasi tersebut.

Pada 10 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik menerusi aplikasi Twitter miliknya membabitkan isu kuarantin terhadap menteri pulang dari lawatan rasmi di luar negara.

Mohd Fahmi Reza didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Twitter menggunakan laman profil Twitter “Fahmi Reza” atau “@kuasasiswa” pada 3.02 petang, 10 Feb 2021. Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Presint 1, Putrajaya pada 4 petang, 11 Feb tahun sama.

Pada 17 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman Facebook miliknya menggunakan profil “Fahmi Reza” pada 11.45 pagi, 1 Jun 2021. Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit Pangsapuri Melur, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini, pada 9 pagi, 2 Jun 2021.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Lantikan semula AG: Saya tidak terbabit langsung kata Azalina
March 4, 2023· Isu semasa
Rogol remaja bawah umur, seorang inspektor didakwa di Sungai Petani
January 5, 2023· Isu semasa
PH enggan ulas pendedahan bekas AG, DAP kata Tommy Thomas bukan ahli
October 26, 2022· Politik
Dr Mahathir beri penjelasan sebab pilih Tommy Thomas, tak tahu berat sebelah
October 25, 2022· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
15 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok