Perbicaraan Zahid dapat rehat awal kerana ‘peguam tertinggal dokumen’

August 22, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada sesi pagi tadi, mendapat rehat lebih awal untuk makan tengah hari, bagi membolehkan peguamnya meluangkan masa menyemak dan mendapatkan beberapa dokumen yang diperlukan.

Pada jam 11.21 pagi, peguam Zahid, Hamidi Mohd Noh memaklumkan kepada mahkamah bahawa pasukan pembelaan memerlukan masa untuk membawa dokumen ini ke mahkamah.

“Saya ingin meminta mahkamah untuk rehat tengah hari awal, ada sebab mengapa… saya tertinggal sebahagian daripada dokumen saya yang perlu bawa ke mahkamah.

“Maaf, kesilapan saya… kami ingin meminta rehat awal makan tengah hari… yang akan bersambung 2.30 petang jika Yang Arif memberi saya masa untuk mendapatkan dokumen saya yang tertinggal,” katanya.

Memetik MalayMail, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata perbicaraan masih boleh diteruskan dengan pihak pendakwaan meneruskan pemeriksaan balas Zahid dan bertanya bagaimana dokumen itu akan menjejaskan perbicaraan.

Hamidi bagaimanapun berkata pihak pendakwaan akan meneruskan untuk menyoal Zahid atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM13.25 juta yang dikatakan diterima dari ahli perniagaan, Junaith Asharab Md Shariff, sambil menambah: “Dan saya percaya ini adalah dokumen yang saya tidak miliki sekarang.”

Ditanya oleh hakim mengenai apa yang telah berlaku kepada dokumen-dokumen ini, Hamidi berkata: “Saya rasa kami tinggalkan satu kotak dokumen… saya perlu semak dahulu, sebab itu saya minta rehat tengah hari awal.

“Mohon maaf dengan ikhlas.”

Mesyuarat tergempar UMNO bincang perkara penting sedang berlangsung

Walaupun pihak pendakwaan berkata ia kebanyakannya merujuk kepada eksibit yang disusun jika ia merujuk kepada mana-mana dokumen, Hamidi berkata terdapat dokumen lain yang dia tidak miliki bersamanya di mahkamah.

“Ada dokumen lain yang juga telah dikemukakan ke mahkamah, tetapi tiada dalam eksibit yang disusun, itu adalah dokumen yang saya tidak bawa ke mahkamah hari ini, jadi maaf,” katanya.

Pada kira-kira jam 11.25 pagi, hakim kemudiannya membenarkan rehat makan tengah hari lebih awal bagi memberi peluang kepada pasukan peguam Zahid untuk mengumpul dokumen tersebut bagi mengikuti garisan pemeriksaan balas pihak pendakwaan.

Difahamkan, Zahid telah memanggil pemimpin bahagian UMNO menghadiri mesyuarat tergempar pada jam 11 pagi hari ini di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Setelah, mendapat rehat lebih awal itu Zahid kemudian dilaporkan bergegas untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
27 minit lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
36 minit lalu· Politik
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu· Isu semasa
Pemimpin UMNO tak percaya dakwaan Rafizi sokongan Melayu jatuh
5 jam lalu· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
7 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
8 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
9 jam lalu · Isu semasa
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
16 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok