Perbicaraan Shahrir tak isytihar wang diterima daripada Najib ditetapkan 26 Julai

February 8, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan kes bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Ab Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bermula 26 Julai ini di Mahkamah Tinggi di sini, di hadapan hakim lain.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes itu hari ini, menurut laporan Bernama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali, berkata kes itu dipindahkan dari Mahkamah Tinggi Jenayah lima (MTJ 5) untuk didengar di hadapan Muhammad Jamil.

“Tarikh bicara sebelum ini ditetapkan di MTJ 5 (Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh),” katanya yang turut memaklumkan akan memanggil 19 saksi pada perbicaraan kes itu.

Muhammad Jamil berkata, tarikh perbicaraan yang ditetapkan mahkamah sebelum ini terpaksa dijadualkan semula kerana beliau perlu mendengar beberapa kes lain dan menetapkan 26 hingga 28 Julai, 8 hingga 11 Ogos, 5 hingga 8 September dan 3 hingga 6 Oktober untuk perbicaraan.

Hakim Ahmad Shahrir yang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sivil mulai semalam, sebelum ini menetapkan perbicaraan bermula pada 6 April.

Shahrir, 72, yang diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin hadir pada prosiding semalam.

Shahrir didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
4 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok