Perbicaraan Najib dalam kes dana SRC RM27 juta ditangguh sehingga Ogos

May 6, 2021 · Isu semasa

Perbicaraan kes tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan sehingga Ogos tahun ini.

Penangguhan itu disahkan peguamnya Nur Syahirah Hanapiah yang berkata perbicaraan yang ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada Julai tahun ini sudah dilapangkan namun tarikh perbicaraan dari 2 hingga 5 Ogos dan 9 hingga 10 Ogos dikekalkan.

“Mahkamah turut menetapkan tarikh tambahan bagi perbicaraan itu pada Mac tahun depan iaitu dari 7 hingga 10 dan 28 hingga 31 serta pada April dari 11 hingga 14 dan 25 hingga 28,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Nur Syahiran menghadiri prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas.

Pada asalnya, perbicaraan ditetapkan pada Julai tahun ini iaitu dari 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 26 hingga 29.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika dihubungi mengesahkan bahawa tarikh perbicaraan pada Ogos dikekalkan dan berkata mahkamah telah menetapkan 16 Julai untuk satu lagi pengurusan kes.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014, menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 susulan permohonan pihak pendakwaan.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei untuk meneruskan pendengaran bagi kes tersebut.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
24 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok