Perbicaraan Najib bersabit kes 1MDB sambung Selasa depan

June 24, 2021 · Isu semasa

Kes pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan bersambung perbicaraannya Selasa depan (29 Jun) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata kes melibatkan bekas Perdana Menteri itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara pada Isnin lepas (21 Jun) di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, namun ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Mahkamah sebelum ini menetapkan 28, 29 dan 30 Jun untuk sambung bicara. Tetapi, oleh kerana PKP 3.0 dilanjutkan hingga 28 Jun, maka perbicaraan akan bermula pada 29 Jun,” katanya lapor Bernama hari ini.

Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung nanti.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
10 jam lalu· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
10 jam lalu· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
10 jam lalu· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
16 jam lalu· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
10 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan injunksi Mareva
13 jam lalu · Isu semasa
1,576 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022 · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok