Perbicaraan kes tuntutan palsu bekas MB Perlis dipindah ke Mahkamah KL

May 12, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kangar hari ini membenarkan kes bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man yang menghadapi lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rehab Abdul Shukur, yang turut tidak dibantah oleh peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili tertuduh, menurut laporan Bernama.

Dalam permohonan itu, pihak pendakwaan memohon lima kes di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang dihadapi Azlan di Mahkamah Sesyen di sini untuk digabung dan didengar bersama dengan lima kes yang dihadapi tertuduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Permohonan penggabungan itu dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah supaya kes di Mahkamah Sesyen di sini didengar bersama dengan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berikutan semua kes melibatkan saksi dan siasatan yang sama.

Pada 10 April lepas, Azlan, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.185 juta antara 2013 dan 2017.

Mengikut kesemua pertuduhan, Azlan sebagai ejen kerajaan negeri Perlis iaitu Menteri Besar Perlis didakwa menggunakan beberapa dokumen mengandungi butiran palsu bagi membuat tuntutan kemudahan Cuti Seberang Laut ke London, United Kingdom sedangkan tidak ada perjalanan seperti yang dituntut itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu atau silap itu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 12 April, Azlan turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta.

Hakim Azura Alwi menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Azlan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lepas, namun tewas pada Piihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Perlis dari 2013 hingga 2022 itu turut gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti, baru-baru ini.

Berita berkaitan
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
44 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok