Perbicaraan kes terowong Guan Eng ditangguh, jalani kuarantin

September 8, 2021 · Isu semasa

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diarah menjalani kuarantin kendiri dan perbicaraan kes empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang ditangguhkan kepada 22 September ini.

Peguam Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah, anak guamnya yang juga Setiausaha Agung DAP diarah menjalani perintah kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 selama 10 hari bermula 1 hingga 10 September ini.

“Saya memohon penangguhan bagi perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini sehingga 10 September. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi,” kata Gobind lapor Bernama.

Permohonan itu tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Awi membenarkan permohonan pihak pembelaan dan mengarahkan perbicaraan bersambung semula pada 22 hingga 24 September ini seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Hari ini sepatutnya memasuki hari kelapan perbicaraan dengan empat saksi pendakwaan telah memberi keterangan setakat ini, pada perbicaraan yang bermula pada 13 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika kejadian, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, yang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut, yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
15 jam lalu· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
15 jam lalu· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Tujuh MP DAP dan PKR bantah larangan jual arak
November 2, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
15 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
15 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
11 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok