Perbicaraan kes terowong Guan Eng ditangguh 12 Julai

June 4, 2021 · Isu semasa

Perbicaraan kes rasuah pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditangguhkan ke 12 Julai.

Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan sepatutnya bermula pada 8 Jun di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata penangguhan itu berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun ini.

“Perbicaraan kes itu berlangsung di hadapan Hakim Azura Alwi dan pada prosiding 12 Julai nanti, pihak pendakwaan akan memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan,” katanya lapor Bernama hari ini.

Sebelum ini, Wan Shaharuddin memaklumkan bahawa seramai 125 orang saksi pendakwaan termasuk beberapa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang dijangka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 8 hingga 11 Jun; 12 hingga 16 Julai; 28 dan 29 Julai, 16 hingga 20 Ogos, 6 hingga 10 Sept, 20 hingga 24 Sept dan 13 hingga 17 Dis depan untuk perbicaraan kes.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Lim dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi.

Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, KOMTAR, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok