Perbicaraan kes seleweng dana 1MDB tangguh lagi, Najib sakit mata

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang berjalan.

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguh lagi hari ini, selepas beliau dinasihatkan berehat susulan pembedahan mata minggu lalu.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini mengenai keadaan pelanggannya sehingga pagi ini, yang menunjukkan bahawa Najib dinasihatkan untuk berehat dengan diberi cuti sakit tujuh hari.

“Bengkak telah berkurang, kemerahan masih terasa. Dia telah berjumpa doktor dan doktor menasihatkannya sekurang-kurangnya berehat sesuai dengan cuti sakit yang diberikan. Dia mesti berjumpa doktor, walaupun esok adalah hari cuti, dia mesti berjumpa doktor.

“Tapi saya rasa pada hari Khamis, ada peluang yang sangat baik untuk dia meneruskan (perbicaraan),” kata Shafee.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah kemudian berpendapat perbincaraan hari ini perlu ditangguhkan dan disambung semula pada Khamis.

Semalam, Collin menangguhkan perbicaraan selepas dimaklumkan oleh Shafee bahawa Najib sedang cuti sakit selepas menjalani pembedahan mata pada Khamis lalu.

Shafee berkata Najib mengalami hematoma atau bengkak dan pandangan kabur, susulan daripada pembedahan tersebut dan diberikan cuti sakit selama tujuh hari.

Najib MC sakit mata kes mahkamah ditunda tapi boleh pula tulis sindiran

Bekas Presiden UMNO itu yang kini berusia 67 tahun menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib yang juga bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
Kerajaan kaji tetapkan harga siling minyak masak botol 5kgJune 12, 2021